Saturday, March 14, 2009

Asal Usul Kata AKRONIM

1. Kata 'cikgu' merupakan kata yang biasa dituturkan oleh kebanyakan murid, namun tahukah anda bahawa kata nama 'cikgu' terbit daripada dua patah kata iaitu 'encik' dan 'guru' (Encik Guru). Mengapakah guru diberikan gelaran 'Encik'. Dahulu kedudukan guru dalam sistem masyarakat berada pada kedudukan yang tinggi dan gelaran 'encik' merupakan satu penghormatan kepada golongan 'guru'. Sebagai suatu bentuk singkatan, disingkatkan panggilan 'Encik Guru' menjadi 'cikgu'.
2. Kata 'bah' pula merupakan akronim kepada frasa yang berbunyi 'bencana air hujan'. 'Bah merupakan keadaan banjir besar yang merupakan suatu bencana kepada alam ini. 'Bah' biasanya mengorbankan harta benda dan nyawa. Oleh sebab itu, 'bah' merupakan suatu bencana yang terbit daripada keadaan banjir yang amat besar. Contohnya banjir semasa zaman Nabi Nuh yang mengorbankan umat manusia kecuali mereka yang menaiki bahtera Nabi Nuh.

2 comments:

  1. rajin-rajin berblogging baru ngam....

    ReplyDelete
  2. transit jap... betul la yang anda cakap tu. cikgu sekarang insan zaman millenium jarang-jarang respect. kesian kita kan kan kan

    ReplyDelete