Saturday, March 14, 2009

Asal Usul Kata AKRONIM

1. Kata 'cikgu' merupakan kata yang biasa dituturkan oleh kebanyakan murid, namun tahukah anda bahawa kata nama 'cikgu' terbit daripada dua patah kata iaitu 'encik' dan 'guru' (Encik Guru). Mengapakah guru diberikan gelaran 'Encik'. Dahulu kedudukan guru dalam sistem masyarakat berada pada kedudukan yang tinggi dan gelaran 'encik' merupakan satu penghormatan kepada golongan 'guru'. Sebagai suatu bentuk singkatan, disingkatkan panggilan 'Encik Guru' menjadi 'cikgu'.
2. Kata 'bah' pula merupakan akronim kepada frasa yang berbunyi 'bencana air hujan'. 'Bah merupakan keadaan banjir besar yang merupakan suatu bencana kepada alam ini. 'Bah' biasanya mengorbankan harta benda dan nyawa. Oleh sebab itu, 'bah' merupakan suatu bencana yang terbit daripada keadaan banjir yang amat besar. Contohnya banjir semasa zaman Nabi Nuh yang mengorbankan umat manusia kecuali mereka yang menaiki bahtera Nabi Nuh.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Salam sejahtera,
Saya mengucapkan selamat datang ke blog saya. Saya mengucapkan penghargaan kepada Munsyi Dewan yang telah lama menggalakkan saya mempunyai laman blog sendiri. Baru hari ini saya terbuka untuk memiliki lama blog sendiri, itupun disebabkan saya dan beliau terkandas di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Dalam mengisi ruang kosong masa menunggu pesawat, beliau membimbing saya membina lama blog sendiri. Terima kasih En. Ghalib